Friday, September 2, 2011

To Dear Cousin

Things happen for a reason. Sometimes we realise why and sometimes we don't have the answer. Allah knows best.

To my cousin, your fate make me realise Allah is the greatest. In a flip of the eye, things can be changed as He wishes. As always everything happens with a hikmah. May you be strong, may you be patient. Allah is fair. He gives to those He feels fit to receive it. Strive Hard and Pray Hard.

May you recover soon. Ameen.

Syawal Rambling

I meant to write earlier, but as always, things got on the way. It is either I'm busy with work, children or failure / snail phase of the internet access.

It's 5 Syawal and I'm already did things that hurt my loved ones. Mak was angry with me on the 1 Syawal for not coming over her house for makan-makan. Plus, I got mad over KYong of her carelessness to take care of her purse.

In Mak's case, I'm so insensitive of her feelings. I'm always this way with people; so direct and 'a matter of fact' style. May Allah forgive me of my shortcomings and I promise myself to improve. As with KYong as this is her third or probabley the fourth times she misplaced her purse, I finally lose my cool. I had promise myself, that whatever happen I try to see positive sides of the issues but this time I fail.

Thursday, August 18, 2011

Nasihat Imam Malik

1. Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.

2. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk.

3. Apabila seseorang itu zahid (tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya.

4. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, maka ambillah yang lebih meyakinkan.

5. Siapa mahu menjawab sesuatu masalah dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.

6. Perumpamaan orang munafik itu kerika berada di dalam masjid adalah seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar.

7. Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti ditanya para nabi.

8.Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.

9. Orang yang menuntut ilmu agama pastilah dia warak, bersikat tenang dan takwa.

10. Seorang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya akan menjadika ilmu itu hina.

11. Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu perkara, kamu perlu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kekotoran emas.

12. Allah tidak kasih kepada hamba-hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu.

13. Maka sepatutnya dia memelihara maruahnya dengan pakaian yang baik bagi memuliakan ilmu.

14. Siapa yang tahu percakapannya menunjuk-nunjuk kadar amalannnya, maka kuranglah percakapannya.

15. Zahid kepada dunia adalah mencari keuntungan dengan memendekkan cita-cita.

16. Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri dia pun tidak baik di sisi manusia.

17. Seseorang itu tidak menjadi orang baik kecuali dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekerja menunaikan kewajipannya. Apabila dia bersikap demikian akan terbuka mata hatinya kepada Allah.

18. Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya dalam satu-satu perkara tetapi orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.

Dipetik dari : Novel Sejarah Islam
                     Imam Maliki
Ditulis oleh: Abdul Latip Talib

Wednesday, August 17, 2011

Umar Al-Khattab

Pagi itu seperti pagi-pagi sebelumnya, sebelum azan subuh dilaungkan, Khalifah Umar al-Khattab sudah berada di dalam Masjid Nabi bagi mengerjakan sembahyang subuh secara berjemaah. Dia yang menjadi imamnya. Selepas azan subuh orang ramai memenuhi masjid itu. Sebaik sahaja iqamat, dia tampil ke hadapan menjadi imam. Di belakangnya iaitu di barisan hadapan berdiri Abu Lukluah, di sebelah kanannya Hurmuzan dan di sebelah kirinya Jafina. Tidak ada siapa yang mencurigai tiga lelaki itu walaupun pagi itu mereka mengambil tempat di belakang imam. Para jemaah bersedia mengerjakan sembahyang subuh. Ketika Khalifah Umar al-Khattab mengangkat takbiratul ihram, dengan pantas Abu Lukluah mengeluarkan pisau dari dalam jubahnya lalu menikam belakang Khalifah Umar al-Khattab. Abu Lukluah sempat menikam sebanyak tiga kali di belakang mangsanya menyebabkan Khalifah Umar al-Khattab tersungkur. Kemudian Abu Lukluah menikam pula di bahagian perut Umar al-Khattab sebanyak tiga kali. Kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga orang ramai tergamam dan tidak sempat menghalangnya.

Dipetik dari : Novel Sejarah Isalan
                     Umar Al-Khattab
Tulisan: Abdul Latip Talib

Thursday, August 11, 2011

Menjaga Keredaan Ibu

Nabi Muhammad berkata:

"Keredaan Allah itu bergantung pada keredaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga bergantung pada kemurkaan kedua orang tua."

Dengan demikian, keredaan ibu adalah sumber keredaan Allah. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang beriman supaya sentiasa berusaha mencari keredaan orang tua. Kemukaan orang tua pula adalah sumber kemurkaan Allah dan ia mampu mendatangkan bencana dan malapetaka yang besar. Ingatlah kepada ksiah Alqomah pada zaman Nabi Muhammad, kisah Juraij di zaman kerasulan Bani Israil dan kisah-kisah lain seumpamanya. Anak yang tidak mendapat keredaan ibu bapa pasti menerima malapetaka.

Orang tua pasti selalu meredai anaknya apabila anak itu tetap istiqamah pada jalan yang benar. Sewaktu kita masih kecil dan remaja, orang tua kita pasti berasa senang hati melihat kita rajin belajar, pergi ke sekolah setiap hari tanpa ponteng, dapat menguasai pelajaran dengan baik dan tidak berkawan dengan budak-budak jahat.

Apabila kita besar dan berumah tangga, kita perlu tetap menjaga hubungan yang baik sesama saudara sewaktu kita kecil. Kita perlu saling membantu dan menjaga nama baik orang tua serta keluarga. Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran tetangga dan teman-teman sekolah dahulu. Semua itu adalah amalan baik yang pasti menjadikan orang tua kita meredai kita.

Sejak kecil hingga dewasa, kita mesti berusaha menjaga keredaan ibu kita. Jangan sekali-kali menyakiti hatinya secara langsung ataupun tidak langsung. Apabila orang tua tidak redha kepad kita, maka rahmat Allah jauh dari kita. Sesungguhnya kita memperoleh rahmat Allah dengan keredaan orang tua kita.

Nabi Muhammad pernah pernah menyatkan dalam satu hadisnya,

"Sesiapa yang sejak pagi mendapatkan keredaan orang tuanya, ia bererti dua pintu syurga terbuka untuknya. Sesiapa yang mendapat keredaan orang tuanya pada waktu petang, dua pintu syurga juga terbuka untuknya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak mendapat keredaan orang tuanya di waktu pagi, dua pintu neraka terbuka untuknya. Demikian juga apabila seseorang tidak mendapat keredaan orang tuanya pada waktu petangn, dua pintu neraka terbuka untuknya," Begitulah Imam Baihaqi merekodkan daripada Ibu Abbas.

Dipetik dari "Dasyatnya Doa Ibu" oleh Syamsuddin Noor.

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan, dulu dan sekarang

Sungguh jahilnya masa saya budak-budak dulu. Ramadhan cuma mengingatkan saya kepada menahan diri dari makan dan minum, tak lebih dari itu. Aktiviti lain seperti biasa: tengok tv, main dan lebihnya tidur. Ini sekitar saya berumur 9-12 tahun. Berbuka sememangnya nikmat yang paling besar semasa itu.

Bila di STF, baru sedar yang Ramadhan selain dari menahan diri dari makan dan minum, malamnya solat Terawih. Berbekalkan sekeping kertas dari senior, solat terawih dilakukan. Sungguh meriah. Pada masa tu prep tak ada dan selepas berbuka terus berlepak-lepak dengan memakai telekung dengan kawan di Jimnasium untuk solat terawih. Ianya lebih kepada amal seronok-seronok tanpa kesedaran yang sebenarnya. Yang sedihnya hanya masa bersalaman di  terakhir solat terawih. Sedih sebab banyak dosa dengan kawan, toing dan boing. Bila nak berbuka puasa, semua akan pakat jalan round-round depan Block A dan B sementara menunggu loceng masuk ke Dining Hall. Berkongsi makan dengan kawan-kawan di satu meja dan memastikan setiap ahli meja mendapat share makanan masing-masing. Berbeza pula semasa sahur. Bayangkan tengah sedap tidur, dikejutkan dengan bunyi loceng dining hall yang berdering panjang. Apalagi terus loncat dari katil, sarung selipar dan terus ke dining hall. Mcamana rupa saya masa itu? Sampai dining hall baru basuh muka; rasanya tak berkumur pun.

Bila di Miami, suasana Ramadhan sudah berbeza. Ianya penuh dengan keinsafan dan harapan. Menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca. Solat terawaihnya bersama dengan sisters dan Makcik-makcik Arab. Berbukanya ala kadar saja. Rasanya meriah di STF lagi.

Dan sekarang, bulan Ramadhannya masih penuh dengan keinsafan dan harapan. Yang sunat-sunat berusaha untuk diamalkan. Sekarang pada saya, menu utama berbuka tak semestinya nasi. Ianya sangant meriah apabila berkumpul berbuka puasa beramai-ramai. Solat terawaih tahun ini terpaksa di buat di rumah bersama Afif dan kadang-kadang berimam dengan suami. Masa terasa begitu pantas berlalu dan 8 rakaat terawih tidak terasa. Berbeza semasa di STF. Masa terawih terasa terlalu lama. Tersengguk-sengguk mengantuk sampai tak tau dah rakaat terakhir terawih. Tapi, yang bezanya bangun sahurnya lebih awal daripada orang lain. Diri ini memerlukan pertolongan dan keampunanNya.

Saya memohon dan berdoa agar  Allah ampunkan semua dosa-dosa saya yang lampau dan dosa-doa saya masa kini. Saya hidup hanya ingin mendapat rahmatNya.

Monday, July 25, 2011

Am I At A Crossroad?

I once thought that it would be fair
but now I know,

I once thought that I wound not care
but now I know,

I once thought that it was understood
but now I know,

I once thought that it would not matter
but now I know,

I once thought I would be contented
but now I know,

I once thought that it was forever
but now I know,

I once thought that life was easygoing
but now I know,

Am I at a crossroad?...

Wednesday, June 29, 2011

Notes From The Caregiver

25 Januari 2011 

 "Dik, hospital telefon. Mak kena pergi hospital". Suara mak teresak-esak di hujung talian telefon.

"Mak, jangan le sedih. Mak jangan risau, nanti Adik datang". Itu yang terdaya saya jawab.

"Buat masa ni, kerja kena tolak ketepi. Yang pentingnya hal mak mesti diselesaikan dulu". Bisik saya di hati.

Itulah permulaan kepada sejarah saya sebagai ** patient caregiver. Disebabkan teruk kesan penyakit ini secara am, maka mak diarahkan terus mengambil ubat:-

Isoniazid (Z) 300mg
Rifampicin (R) 600mg
Pyrazinamide(H) 1250mg
Ethambutol (E) 1200mg
Pyridoxine 10mg

Doktor kata ini kombinasi ubat terbaik untuk melawan penyakit ini.

8 February 2011 

Temujanji mak dengan doktor. Dalam tempoh 14 hari mak mengalami alergi yang teruk; muntah dan merah/gatal di badan. Ini adalah kesan sampingan pengambilan ubat-ubat tersebut. Walaupun mengalami keadaan demikian, mak tetap mengambil ubat sehingga ke tarikh 8 Februari 2011. Mak dinasihatkan masuk ke wad untuk mengenalpasti ubat yang memberinya allergi ini. Mak berada di dalam keadaan yang tidak stabil dari 8 Februari hingga 11 Mac 2011.

Mak sentiasa muntah-muntah.  Selera makannya hilang. Kadang-kadang emosinya tidak terkawal dan saya terpaksa bersabar melayan kerenahnya. Mak dan abah pindah ke rumah saya agar mak lebih selesa. Y*** dan A** menjaga mak semasa hujung minggu dan saya mengambil cuti jika mak terpaksa masuk hospital kerana keadaannya yang lemah. Ramai yang membatu; Dr K****** yang sentiasa menasihat mak dari segi  pengambilan ubat lain yang boleh mengurangkan kesan sampingan ubat **.

Pada masa ini, saya juga telah di bantu oleh kawan-kawan yang rupanya ada juga ** patient caregiver. Melalui jaringan kawan di FB saya telah mendapat nasihat darinya yang duduk jauh di rantau orang. Alhamdulillah, Allah telah memberi kelapangan dan ketenangan kepada saya dalam menghadapi dugaaNya ini.

12 Mac 2011

Pada masa ini, buat pertama kalinya barulah saya lihat doktor pakar mengambilalih penjagaan mak di mana sebelum ini semua keputusan dibuat oleh pegawai perubatan sahaja. Doktor pakar ini mencadangkan oleh kerana mak allergi kepada Isoniazid dan Pyrazinamide, mak terpaksa mengambil ubat lain iaitu Streptomycin (secara injection). Ubat ini memberikan kesan sampingan kepada mata. Oleh itu mak mula mengambil ubat-ubat berikut:

Streptomycin 0.85gm
E 1200gm
R 600gm
Pyridoxine 10gm

Mengikut doktor, kalau mak masih allergi kepada ubat Streptomycin, oleh itu peluang utk baik adalah tipis, kerana ubat yang kurang baik untuk penyakit ** harus diberikan.

11 April 2011

Mak mengambil pemeriksaan untuk kahak dan x-ray dan alhambulillah mak telah negatif **. Mak telah diberhentikan mengambil Streptomycine dan cuma mengambil E, R dan P.

13 Jun 2011

Mak disahkan negatif ** tapi masih meneruskan ubat-ubatnya sehingga tempoh 6 bulan iaitu sehingga bulan September 2011.

Thursday, April 14, 2011

Thursday, February 10, 2011

It's Payback Time




Mak and Abah have never fail to assist me on taking care of my children. Eversince Kyong, Sab and Alya were kids, mak took care of them while I'm working; to fetch them from preschool, from 'Kelas Quran' ,etc. I feel my kids were in good hands while they were with them. So when Afif was born, with his condition, Mak and Abah also took the effort to take care of him. I took up a bibik to assist them coz by now mak and abah are not strong enough to look after Afif by themselves.


However, I received news on 26 January 2011 that Mak is T*** positive. She cried over the phone and asked me to bring her over to the hospital as instructed by the nurse. Mak, it's not the end of the world. You are not going to face this alone. I'll be by your side all the way. I'll take care of you and try to ease some of the pain if I can. Hope that Mak is 'redha' with this 'musibah' because I'm as your child accept this 'qada' and 'qadar'. "InsyAllah semua sakit ada ubatnya' and hope mak you have the endurance to face this hard time of your life. I pray for you mak.