Tuesday, May 11, 2010

Happy Mother's Day

I usually express myself easier in English but somehow I would like to do something different here; to write in Malay. So here it goes:-

Selamat Hari Ibu kepada mak  
Yang selama ini telah banyak berkorban
Demi masa depan anak mu kau rela berpisah dengan mereka
Seawal umur ku 10 tahun aku tinggal dengan opah di kampung
Agar pelajaran ku tidak terjejas disebabkan abah bertukar tugas di tempat lain
Kemudian aku ditawar ke sekolah asrama
5 tahun aku di selatan tanahair
Tak pernah ku lihat mak menitis airmata semasa perpisahan di stesyen keretapi
Aku pun masa tu selesa dengan kehidupan bersama kawan-kawan
Tak pernah terfikir pun samada mak merindui aku
Sebab aku sibuk dengan kehidupan berasrama....
Di usia ku 18 tahun aku di tawar belajar di kolej persediaan selama setahun
Pun aku tak sedar aku di rindui tetapi masih ingat mak mengandungkan adik bongsu ku
Dia kelihatan lesu disebabkan umurnya dah menjangkau empatpuluhan ketika itu
Bila aku dapat tawaran ke luar negara
Puas hatiku kerana cita-cita ku tercapai nak melihat negeri orang
Pun aku tak sedari aku dirindui tetapi aku sedari aku dah lebih matang tentang kehidupan ini
Empat tahun di Amerika
Diusia belasan tahun aku merasai pahit manis kehidupan bersama kawan-kawan 
Bercinta dan dicintai.... dengan manusia dan tuhan
Mengenali dengan lebih dekat Rab Yang Maha Esa
Ilmu dunia dan ilmu akhirat di perolehi 
Alhamdulillah ada hikmahnya sesuatu itu terjadi
Dan apabila aku berjaya menggulung sekeping ijazah
Aku bertekad untuk balik berbakti kepada mak dan abah
Walaupun ramai kawanku bekerja di ibukota
Aku memilih untuk bekerja berdekatan mak
Biarlah, biarlah aku berkorban ....
Bertekad untuk menjaganya di usia lanjutnya
Tapi bila dah berkeluarga
Mak juga yang berkorban menolong menjaga anak-anak ku
Sungguh suci pengorbanannya
Moga Allah mengasihaninya sebagaimana dia mengasihani ku semasa aku masih kecil
Moga Allah mempertingkatkan imannya
Moga Allah melimpahkan rezeki ke atasnya
Moga Allah jadikan aku anak yang solehah yang dapat mendoakannya
Moga Allah jadikan aku sepertinya, bersabar demi mendidik anak-anak.