25 Januari 2011
"Dik, hospital telefon. Mak kena pergi hospital". Suara mak teresak-esak di hujung talian telefon.
"Mak, jangan le sedih. Mak jangan risau, nanti Adik datang". Itu yang terdaya saya jawab.
"Buat masa ni, kerja kena tolak ketepi. Yang pentingnya hal mak mesti diselesaikan dulu". Bisik saya di hati.
Itulah permulaan kepada sejarah saya sebagai ** patient caregiver. Disebabkan teruk kesan penyakit ini secara am, maka mak diarahkan terus mengambil ubat:-
Isoniazid (Z) 300mg
Rifampicin (R) 600mg
Pyrazinamide(H) 1250mg
Ethambutol (E) 1200mg
Pyridoxine 10mg
Doktor kata ini kombinasi ubat terbaik untuk melawan penyakit ini.
8 February 2011
Temujanji mak dengan doktor. Dalam tempoh 14 hari mak mengalami alergi yang teruk; muntah dan merah/gatal di badan. Ini adalah kesan sampingan pengambilan ubat-ubat tersebut. Walaupun mengalami keadaan demikian, mak tetap mengambil ubat sehingga ke tarikh 8 Februari 2011. Mak dinasihatkan masuk ke wad untuk mengenalpasti ubat yang memberinya allergi ini. Mak berada di dalam keadaan yang tidak stabil dari 8 Februari hingga 11 Mac 2011.
Mak sentiasa muntah-muntah. Selera makannya hilang. Kadang-kadang emosinya tidak terkawal dan saya terpaksa bersabar melayan kerenahnya. Mak dan abah pindah ke rumah saya agar mak lebih selesa. Y*** dan A** menjaga mak semasa hujung minggu dan saya mengambil cuti jika mak terpaksa masuk hospital kerana keadaannya yang lemah. Ramai yang membatu; Dr K****** yang sentiasa menasihat mak dari segi pengambilan ubat lain yang boleh mengurangkan kesan sampingan ubat **.
Pada masa ini, saya juga telah di bantu oleh kawan-kawan yang rupanya ada juga ** patient caregiver. Melalui jaringan kawan di FB saya telah mendapat nasihat darinya yang duduk jauh di rantau orang. Alhamdulillah, Allah telah memberi kelapangan dan ketenangan kepada saya dalam menghadapi dugaaNya ini.
12 Mac 2011
Pada masa ini, buat pertama kalinya barulah saya lihat doktor pakar mengambilalih penjagaan mak di mana sebelum ini semua keputusan dibuat oleh pegawai perubatan sahaja. Doktor pakar ini mencadangkan oleh kerana mak allergi kepada Isoniazid dan Pyrazinamide, mak terpaksa mengambil ubat lain iaitu Streptomycin (secara injection). Ubat ini memberikan kesan sampingan kepada mata. Oleh itu mak mula mengambil ubat-ubat berikut:
Streptomycin 0.85gm
E 1200gm
R 600gm
Pyridoxine 10gm
Mengikut doktor, kalau mak masih allergi kepada ubat Streptomycin, oleh itu peluang utk baik adalah tipis, kerana ubat yang kurang baik untuk penyakit ** harus diberikan.
11 April 2011
Mak mengambil pemeriksaan untuk kahak dan x-ray dan alhambulillah mak telah negatif **. Mak telah diberhentikan mengambil Streptomycine dan cuma mengambil E, R dan P.
13 Jun 2011
Mak disahkan negatif ** tapi masih meneruskan ubat-ubatnya sehingga tempoh 6 bulan iaitu sehingga bulan September 2011.
No comments:
Post a Comment