Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan, dulu dan sekarang

Sungguh jahilnya masa saya budak-budak dulu. Ramadhan cuma mengingatkan saya kepada menahan diri dari makan dan minum, tak lebih dari itu. Aktiviti lain seperti biasa: tengok tv, main dan lebihnya tidur. Ini sekitar saya berumur 9-12 tahun. Berbuka sememangnya nikmat yang paling besar semasa itu.

Bila di STF, baru sedar yang Ramadhan selain dari menahan diri dari makan dan minum, malamnya solat Terawih. Berbekalkan sekeping kertas dari senior, solat terawih dilakukan. Sungguh meriah. Pada masa tu prep tak ada dan selepas berbuka terus berlepak-lepak dengan memakai telekung dengan kawan di Jimnasium untuk solat terawih. Ianya lebih kepada amal seronok-seronok tanpa kesedaran yang sebenarnya. Yang sedihnya hanya masa bersalaman di  terakhir solat terawih. Sedih sebab banyak dosa dengan kawan, toing dan boing. Bila nak berbuka puasa, semua akan pakat jalan round-round depan Block A dan B sementara menunggu loceng masuk ke Dining Hall. Berkongsi makan dengan kawan-kawan di satu meja dan memastikan setiap ahli meja mendapat share makanan masing-masing. Berbeza pula semasa sahur. Bayangkan tengah sedap tidur, dikejutkan dengan bunyi loceng dining hall yang berdering panjang. Apalagi terus loncat dari katil, sarung selipar dan terus ke dining hall. Mcamana rupa saya masa itu? Sampai dining hall baru basuh muka; rasanya tak berkumur pun.

Bila di Miami, suasana Ramadhan sudah berbeza. Ianya penuh dengan keinsafan dan harapan. Menyesuaikan diri dengan keadaan dan cuaca. Solat terawaihnya bersama dengan sisters dan Makcik-makcik Arab. Berbukanya ala kadar saja. Rasanya meriah di STF lagi.

Dan sekarang, bulan Ramadhannya masih penuh dengan keinsafan dan harapan. Yang sunat-sunat berusaha untuk diamalkan. Sekarang pada saya, menu utama berbuka tak semestinya nasi. Ianya sangant meriah apabila berkumpul berbuka puasa beramai-ramai. Solat terawaih tahun ini terpaksa di buat di rumah bersama Afif dan kadang-kadang berimam dengan suami. Masa terasa begitu pantas berlalu dan 8 rakaat terawih tidak terasa. Berbeza semasa di STF. Masa terawih terasa terlalu lama. Tersengguk-sengguk mengantuk sampai tak tau dah rakaat terakhir terawih. Tapi, yang bezanya bangun sahurnya lebih awal daripada orang lain. Diri ini memerlukan pertolongan dan keampunanNya.

Saya memohon dan berdoa agar  Allah ampunkan semua dosa-dosa saya yang lampau dan dosa-doa saya masa kini. Saya hidup hanya ingin mendapat rahmatNya.

No comments: