Someday....somehow
The day will come
To everything that lives
For that's the principle of existence
To all those I've known and loved
Here's something for you to remember
My dear,
Good or bad I have treated you
Deep inside of me
You are the ones that I really love and care for
You are the ones who bring me happiness
Love, hope and confidence
Many thanks is all I can say to you all
Also, here is my sincere apology
To all those I have offended and hurt
Forgive me
No one is perfect as the saying goes
Neither you nor me
Hope you forgive and 'doa' for me
Because I will forever forgive you
You will find peace
Here's all I've got to say
In my goodbye message
Just in case...
(From an unknown poet)
"Selamat Tinggal Cinta Hati". Take care.
Tuesday, June 8, 2010
Sunday, June 6, 2010
umrah
Setelah sekian lama berdoa, alhamdulillah kami dipanggil olehNya menjadi tetamu di Baitullah. P*** dengan bermurah hati telah menganugerahkan 'skim perkhidmatan lama menunaikan umrah' kepada kami berdua. Tak sangka saya dah bekerja selama 17 tahun di sini. Hati ini sungguh tersentuh dengan rahmatNya:-
"Kami sahut panggilan Mu, Ya Allah,
Kami sahut tiada sekutu bagi Mu, Ya Allah,
Kami sahut segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu, Ya Allah,
Tidak ada sekutu dengan Mu".
Kami sahut tiada sekutu bagi Mu, Ya Allah,
Kami sahut segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu, Ya Allah,
Tidak ada sekutu dengan Mu".
Semasa bersetuju menerima 'award' ini hati ini tertanya-tanya:
Mampukah saya menunaikan umrah ini kerana ilmu mengenainya terlampau cetek?
Saya dan suami berusaha menambah ilmu ke arah itu. Dah pergi 2 taklimat umrah. 3 buah buku dah di baca, di mana banyak memberi maklumat penting yang patut saya buat di sana. Saya cuba menghafal doa-doa pendik di dalam bahasa Arab. Saya berbisik kepada suami " Bang, kita kena sedia dari segi fizikal dan rohani. Cubalah buat sembahyang sunat taubah dan hajat sebanyak mungkin sebelum kita pergi" pujuk saya.
Kawan-kawan di pejabat dah buat bacaan yassin dan doa selamat kepada kami yang akan pergi. Di kala bersalam dengan kawan-kawan, saya cuba bayangkan saya akan pergi ke suatu tempat yang diidamkan untuk beribadat kepadaNya, hendak berziarah ke Masjid Nabawi dan makam Rasulullah dan sahabat-sahabat. InsyAllah umur panjang kita akan berjumpa lagi. Setakat ini saya mampu mengawal diri dan tidak mengalirkan airmata. Kenapa nak bersedih? Ini ketentuan Allah dan saya redha, insyAllah.
Saya sekarang menghitung hari. Hati ini juga dah berdebar-debar. Saya berdoa semoga perjalanan saya ini diberkati Allah. Semoga Allah permudahkan urusan ibadah saya sekeluarga sepanjang saya di Mekah dan Madinah. InsyAllah saya akan sentiasa berdoa untuk anak-anak saya, ibubapa saya, adik beradik saya , saudara mara saya dan sahabat-sahabat saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)