Wednesday, August 17, 2011

Umar Al-Khattab

Pagi itu seperti pagi-pagi sebelumnya, sebelum azan subuh dilaungkan, Khalifah Umar al-Khattab sudah berada di dalam Masjid Nabi bagi mengerjakan sembahyang subuh secara berjemaah. Dia yang menjadi imamnya. Selepas azan subuh orang ramai memenuhi masjid itu. Sebaik sahaja iqamat, dia tampil ke hadapan menjadi imam. Di belakangnya iaitu di barisan hadapan berdiri Abu Lukluah, di sebelah kanannya Hurmuzan dan di sebelah kirinya Jafina. Tidak ada siapa yang mencurigai tiga lelaki itu walaupun pagi itu mereka mengambil tempat di belakang imam. Para jemaah bersedia mengerjakan sembahyang subuh. Ketika Khalifah Umar al-Khattab mengangkat takbiratul ihram, dengan pantas Abu Lukluah mengeluarkan pisau dari dalam jubahnya lalu menikam belakang Khalifah Umar al-Khattab. Abu Lukluah sempat menikam sebanyak tiga kali di belakang mangsanya menyebabkan Khalifah Umar al-Khattab tersungkur. Kemudian Abu Lukluah menikam pula di bahagian perut Umar al-Khattab sebanyak tiga kali. Kejadian itu berlaku begitu pantas sehingga orang ramai tergamam dan tidak sempat menghalangnya.

Dipetik dari : Novel Sejarah Isalan
                     Umar Al-Khattab
Tulisan: Abdul Latip Talib

No comments: