Thursday, August 18, 2011

Nasihat Imam Malik

1. Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.

2. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk.

3. Apabila seseorang itu zahid (tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya.

4. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, maka ambillah yang lebih meyakinkan.

5. Siapa mahu menjawab sesuatu masalah dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.

6. Perumpamaan orang munafik itu kerika berada di dalam masjid adalah seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar.

7. Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti ditanya para nabi.

8.Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.

9. Orang yang menuntut ilmu agama pastilah dia warak, bersikat tenang dan takwa.

10. Seorang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya akan menjadika ilmu itu hina.

11. Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu perkara, kamu perlu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kekotoran emas.

12. Allah tidak kasih kepada hamba-hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu.

13. Maka sepatutnya dia memelihara maruahnya dengan pakaian yang baik bagi memuliakan ilmu.

14. Siapa yang tahu percakapannya menunjuk-nunjuk kadar amalannnya, maka kuranglah percakapannya.

15. Zahid kepada dunia adalah mencari keuntungan dengan memendekkan cita-cita.

16. Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri dia pun tidak baik di sisi manusia.

17. Seseorang itu tidak menjadi orang baik kecuali dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekerja menunaikan kewajipannya. Apabila dia bersikap demikian akan terbuka mata hatinya kepada Allah.

18. Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya dalam satu-satu perkara tetapi orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.

Dipetik dari : Novel Sejarah Islam
                     Imam Maliki
Ditulis oleh: Abdul Latip Talib

No comments: