Salah satu nikmat yang patut disyukuri ialah kesihatan. Tapi baru-baru ini diduga dengan BP yang tidak stabil dari 140/80 kepada 150/90.
Mmm....Mungkin ini faktor makan berlebihan. Berat badan pun dah bertambah. Dari 55 kg dah naik 58 kg. Ni takut nak tengok penimbang. Entah-entah dah 60 kg. Allahu Akbar. Allah nak menduga agar bila menjamah makanan tu biar bersederhana.
Ataukah faktor stress? Bidang kerja pun dah bertukar. Dah 21 tahun asyik tengok angka dan menganalisis angka-angka, sekarang dah ke bidang perancangan korporat. Bertanggungjawab kepada pemantauan prestasi anak-anak syarikat dan implementasi strategi-strategi syarikat. Cara bekerja pun dah bertukar. Sekarang kepada 'brainstorming, structured planning, assisting and monitoring'. Melihat syarikat-syarikat secara 'bird's eyeview'. Interesting and challenging.
Cara nak atasi BP yang tak stabil?
- Dah mula makan quaker oats/cereal bersama susu low fat
- Dah mula exercise. Tapi ini belum istiqamah.
- Dah mula makan buah-buah.
- Bila makan, potion nasi sedikit tapi sayur-sayuran dilebihkan.
- Dah mula puasa sunat Isnin dan Khamis. Tapi ni belum jugak istiqamah.
Yang penting semua perkara yang dilakukan di atas diniatkan kerana Allah. Kerana semuanya akan dapat dilakukan dengan kehendakNya. Moga Allah beri kesihatan yang baik kepada ku.
No comments:
Post a Comment