Blog dia sememang saya letakkan sebagai 'Favorites'. Bila ada kelapangan saya akan layari. Saya cuma ' a silent reader'. Saya kagum dengan ketabahannya mengharungi penyakitnya. Dia telah banyak menyentuh hati-hati manusia; dari pesakit kanser kepada blogger seperti saya. Dia mengingatkan kepada saya bahawa kita hendaklah sentiasa redha dengan ketentuanNya. Semalam 19 Julai 2010 di pagi yang hening, dia telah kembali kepadaNya. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu, Dalillah binti Tamrin. Al- Fatihah.
Kembaliku Pada Illahi
Ku jitukan yakin
Pada setiap sujudku
Jariku susun rapi
Mengirim doa tulus nurani
Waktu yang mendatang
Bak mega mendung hitam
Kelam malam aku sendiri
Hujung perjalanan pasti aku pergi
Tiada mungkin dapat aku menghindari
Sebelum nafasku berhenti berdetik
Amankanlah kepedihan ini
Biarpun getir dalam ku menanti
Tak berdaya namun terus ku hadapi
Menggapai harapan diriku terpilih
Kembaliku padaMu Illahi
Kembaliku padaMu Illahi
Hilangkan getar duka
Gusar jauh terusir
Terang bersinar cahaya damai
Lagu: Azalea
Lirik: Raden Galoh/Azalea
No comments:
Post a Comment