Sunday, June 6, 2010

umrah

Setelah sekian lama berdoa, alhamdulillah kami dipanggil olehNya menjadi tetamu di Baitullah. P*** dengan bermurah hati telah menganugerahkan 'skim perkhidmatan lama menunaikan umrah' kepada kami berdua. Tak sangka saya dah bekerja selama 17 tahun di sini. Hati ini sungguh tersentuh dengan rahmatNya:-
"Kami sahut panggilan Mu, Ya Allah,
Kami sahut tiada sekutu bagi Mu, Ya Allah,
Kami sahut segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu, Ya Allah,
Tidak ada sekutu dengan Mu".

Semasa bersetuju menerima 'award' ini hati ini tertanya-tanya:
Mampukah saya menunaikan umrah ini kerana ilmu mengenainya terlampau cetek?

Saya dan suami berusaha menambah ilmu ke arah itu. Dah pergi 2 taklimat umrah. 3 buah buku dah di baca, di mana banyak memberi maklumat penting yang patut saya buat di sana. Saya cuba menghafal doa-doa pendik di dalam bahasa Arab. Saya berbisik kepada suami " Bang, kita kena sedia dari segi fizikal dan rohani. Cubalah buat sembahyang sunat taubah dan hajat sebanyak mungkin sebelum kita pergi" pujuk saya.

Kawan-kawan di pejabat dah buat bacaan yassin dan doa selamat kepada kami yang akan pergi. Di kala bersalam dengan kawan-kawan, saya cuba bayangkan saya akan pergi ke suatu tempat yang diidamkan untuk beribadat kepadaNya, hendak berziarah ke Masjid Nabawi dan makam Rasulullah dan sahabat-sahabat. InsyAllah umur panjang kita akan berjumpa lagi. Setakat ini saya mampu mengawal diri dan tidak mengalirkan airmata. Kenapa nak bersedih? Ini ketentuan Allah dan saya redha, insyAllah.

Saya sekarang menghitung hari. Hati ini juga dah berdebar-debar. Saya berdoa semoga perjalanan saya ini diberkati Allah. Semoga Allah permudahkan urusan ibadah saya sekeluarga sepanjang saya di Mekah dan Madinah. InsyAllah saya akan sentiasa berdoa untuk anak-anak saya, ibubapa saya, adik beradik saya , saudara mara saya dan sahabat-sahabat saya.





No comments: